KARANGAN

 

Karangan Jenis Gambaran / Keperihalan

Karangan Contoh :

 

Menjelang musim perayaan, sebuah pasar raya di tempat anda mengadakan jualan murah. Anda mengambil kesempatan membeli-belah bersama  keluarga. Gambarkan suasana di pasar raya tersebut.

 

 

                        Hanya tinggal seminggu lagi sambutan Tahun Baru Cina menjelang tiba. Hampir semua persiapan telah keluargaku siapkan terutamanya _______1________ kecuali beberapa barangan keperluan lain seperti pakaian yang belum lengkap. Sedang aku membaca akhbar, terlihat satu iklan tentang __________2_________ yang diadakan oleh sebuah pasar raya di bandar yang ________3_______ dengan rumahku. Terus sahaja aku menunjukkan iklan itu kepada ibu dan bapaku. Mereka nampaknya tidak _________4__________ untuk berkunjung ke pasar raya tersebut.

                                Setibanya di pasar raya yang dikenali sebagai Pasar Raya Maju itu, kami menghadapi masalah untuk mencari tempat letak kereta kerana tempat letak kereta yang disediakan sudah penuh dengan _________5__________ pasar raya itu. Apabila _________6__________masuk sahaja ke dalam pasar raya tersebut, kami dapati orang begitu ramai dan bersesak-sesak. Dalam pemerhatianku, bahagian pakaian _______7________ menjadi tumpuan orang ramai terutamanya kaum ibu. Masing-masing sibuk memilih pakaian yang sesuai untuk anak mereka daripada pelbagai _________8___________. Keadaan di situ sangat bising dengan suara pengunjung. Walaupun terdapat __________9_________, namun aku rasa begitu panas. Suara tangisan kanak-kanak kedengaran tanpa henti-henti. Si ibu pula puas _______10______.  

                                Aku ______11_______ untuk membeli sehelai baju kemeja sementara ibu dan bapaku mempunyai senarai pembelian mereka yang _______12________. Oleh itu aku _______13__________ menuju ke tempat jualan kemeja. Sambil itu, aku sentiasa _______14________ takut-takut ada yang mengambil kesempatan menyeluk saku. Akhirnya sampai juga aku ke tempat itu. Namun begitu, sungguh hampa rasanya kerana setelah puas memilih baju yang kuhajati sudah kehabisan saiz. ______________15__________________ aku.

                                Di sekeliling pasar raya di tingkat bawah itu, aku dapat melihat hiasan-hiasan yang ______16__________ cantik yang ada kaitan dengan sambutan Tahun Baru Cina. Muzik dan lagu Tahun Baru Cina dimainkan berterusan menjadikan suasananya lebih meriah. Di hujung sana pula aku dapat melihat orang ramai beratur panjang di _____17_________ bayaran. Troli-troli yang penuh dengan pelbagai barang kelihatan di samping mereka. Ada juga yang hanya membeli sedikit barangan di ______18______ masing-masing.

                                Dalam suasana riuh-rendah itu, tiba-tiba kedengaran jeritan. Semua mata _____19______ ke arah seorang pengawal yang sedang menahan seorang pemuda. Pemuda itu ditangkap kerana cuba _______20__________ tas tangan seorang wanita. Akhirnya dia dibawa ke sebuah bilik. Keadaan menjadi hingar-bingar semula seolah-olah tiada apa-apa _______21________ yang berlaku.

                                Sejak tadi, aku terpisah dengan ibu dan bapaku. Aku ___________22____________ mencari mereka. Rupa-rupanya mereka membeli barang-barang keperluan dapur di tingkat atas. Banyak juga barang yang dibeli mereka. Aku _________23___________ agar kami pulang saja kerana sudah lama di pasar raya itu.

                                Setelah itu kami beransur keluar dari pasar raya itu dengan meninggalkan suasana yang masih ___________24_____________ dan menyakitkan telinga. Walaupun tidak dapat memiliki kemeja yang _________25___________, aku tetap berpuas hati dapat mengunjungi pasa raya itu bersama dengan keluargaku.

 

 

 

Jawapan pilihan :

 tangan                   bergantungan       kaunter                                  jenama                menoleh                               

jualan murah       melangkah            berhimpit-himpit                  keberatan              kuih-muih                            

mencadangkan    berputih mata      pendingin hawa                   merampas             tersendiri               

peristiwa                kuidamkan           hiruk-pikuk                           kanak-kanak       meninjau-ninjau

berdekatan           memujuk              kereta pengunjung              berwaspada          berhajat

 

 

 

 

Karangan Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi

Karangan Contoh :

 

Rakan anda menulis surat kepada anda untuk bertanyakan keadaan disiplin di sekolah anda kerana dia bimbang akan kes buli dan gengterisme yang berlaku baru-baru ini. Balas surat rakan anda dengan menceritakan keadaan disiplin serta langkah-langkah yang telah diambil untuk menangani kes tersebut.

 

Asrama Putera,

Sekolah Menengah Sains,

83000 Batu Pahat,

Johor Darul Takzim

 

25 Mac 2005

 

Menemui sahabatku Shahir yang kini berada di Taiping, semoga berada dalam kandungan sihat walafiat.

Saudara, 

                Terima kasih atas kiriman warkah buat saya di sini.Saya di sini sihat dan saya berharap agar saudara begitu juga. Saudara ada bertanya tentang keadaan disiplin di sekolah saya.Untuk maklumat saudara, tahap disiplin di sekolah saya masih ________1________. Tiada kes buli dan gengterisme yang berlaku di sini. Sikap saling _________2__________ sentiasa diterapkan di kalangan warga sekolah ini. Sikap ini telah lama wujud sejak sekolah ini ditubuhkan. Sekolah saya merupakan antara sekolah yang terbaik tahap disiplinnya di negara ini. Saya berasa _____3______ menjadi warga sekolah ini.

Saudara,

                Sebenarnya banyak langkah boleh dijalankan oleh pihak sekolah dalam _______4_________ kes buli dan gengterisme. Guru serta pihak pentadbir sering mengadakan _______5________ dari semasa ke semasa sama ada di kelas mahupun di asrama. Pelajar-pelajar senior selalu diingatkan agar tidak membuli pelajar-pelajar junior. Sekiranya terdapat pelajar yang berbuat demikian, tindakan _____6______ akan diambil. Namun begitu, pelajar-pelajar junior juga harus diingatkan agar sentiasa menghormati pelajar-pelajar senior dan menganggap mereka sebagai abang atau kakak.

                Selain itu, pihak sekolah juga harus mengadakan aktiviti yang melibatkan semua pelajar supaya hubungan antara pelajar dengan pelajar, guru dan pihak pentadbir sentiasa ______7______ baik. Antara aktiviti tersebut termasuklah aktiviti peningkatan kualiti pelajar, adab kesopanan, penampilan diri dan sebagainya. Kegiatan kokurikulum juga dapat mengeratkan hubungan para pelajar.

Saudara,

                Di samping itu, ______8______ tentang pembentukan disiplin juga harus diadakan sekerap mungkin. Antara penceramah yang harus dijemput untuk menyampaikan ceramah kepada para pelajar ialah _________9__________ , penceramah agama, kaunselor dan sebagainya. Ceramah pegawai polis tentang kesan kes buli dan gengterisme semestinya __________10___________ para pelajar kerana melibatkan diri dalam kes-kes tersebut hanya ___________11____________ diri sendiri, keluarga dan negara.

                Oleh itu, janganlah saudara risau kerana saya berjanji akan mematuhi disiplin dan tidak terlibat dalam kes-kes tersebut. Saya juga sedar bahawa kehadiran saya di sini adalah untuk ___________12_____________ dan mencapai kejayaan. Setakat ini sahaja yang dapat saya tulis buat kali ini. Akhir bicara, sambutlah ___________13______________ daripada saya untuk saudara sekeluarga.

 

Sekian.

 

                                                                                                                                                                       Yang benar

 

 

 


 

Jawapan pilihan :

merugikan,    salam mesra,   membendung,   menyedarkan,   memuaskan,     pemantauan,  

menimba ilmu,   tegas,   menghormati,   ceramah, terjalin,   pegawai polis.   bangga

 

 

Karangan Jenis Surat Kiriman Rasmi

Karangan Contoh :

 

Kawasan tempat tinggal anda telah mengalami masalah longgokan sampah ekoran daripada sistem pemungutan sampah sarap yang tidak teratur. Tuliskan sepucuk surat kepada pihak berkenaan untuk membuat aduan masalah anda itu.

 

No. 99, Jalan Serindit 2,

Bandar Baru Sungai Long,

43000 Kajang

Selangor

_______________________________________________________________________________________________________________________________ 

Majlis Perbandaran Kajang,

Jalan Semenyih,

43000 Kajang

Selangor                                                                                                                                                                                         20 JUN 2005

 

Tuan,

 

Aduan tentang Masalah Pemungutan Sampah

 

Merujuk perkara di atas, saya Adiha binti Hamid wakil penduduk Bandar Baru Sungai Long ingin membuat _____________ tentang masalah pemungutan sampah sarap yang semakin ___________ di kawasan perumahan kami.

2.                             Masalah ini telah __________________ selama dua bulan. Kadang-kadang ________ sampah datang memungut sampah hanya dua minggu sekali. Keadaan ini telah menyebabkan banyak sampah ______________ di hadapan rumah sehingga tertumpah daripada tong sampah. Sampah sarap tersebut telah menjadi _______________ anjing yang berkeliaran. Keadaan yang kotor ini juga telah menjadi tempat _____________________ lalatdan tikus.

3.                             Kebelakangan ini, kawasan perumahan kami telah mengalami masalah lalat. Lalat daripada longgokan sampah ________________________ masuk ke dalam rumah. Semua makanan perlu ditutup untuk _________________ daripada diharungi lalat. Makanan yang terdedah kepada lalat boleh _______________ masalah cirit-birit.

4                              Ekoran daripada masalah longgakan sampah tersebut, kawasan perumahan kami telah menjadi kotor dan menimbulkan pencemaran _________. Air daripada sampah yang dilonggokkan boleh menyebabkan penyakit seperti penyakit kulit. Baru-baru ini, terdapat lima orang penghuni kawasan perumahan ini telah dimasukkan ke __________________ kerana mengalami masalah gatal-gatal akibat terkena air sampah tersebut.

5.                             Kami amat berharap agar pihak tuan dapat mengambil ________________ wajar untuk mengatas masalah ini. Kami juga berharap supaya pihak tuan dapat memungut sampah-sarap mengikut _______________ yang telah ditetapkan seperti sebelum ini, iaitu tiga hari seminggu. Dengan ini, masalah longgakan sampah semestinya tidak berlaku di kawasan perumahan kami lagi.

6.                             Akhir kata, diharapkan aduan kami mendapat _________________________ wajar dan tindakan segera daripada pihak tuan. _________________ pihak tuan dalam hal ini amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

 

Yang benar,

 


 

_______________

(ADIHA BT HAMID)

Wakil Penduduk,

Bandar Baru Sungai Long.

 

berlarutan,  serius,  aduan,  habuan,  berterbangan,  bau,  jadual,  pertimbangan,  mengundang, hospital,  kerjasama,  dilonggokkan,  pembiakan,  lori,  mengelakkan,  tindakan,